NADI – KEMPEN INTERNET SELAMAT: Perangi Berita Palsu! Kenali, Semak & Hentikan
5 Julai 2026 | Aktiviti Terkini4 Julai 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas dalam talian NADI - KEMPEN INTERNET SELAMAT: Peranggi Berita Palsu! Kenali, Semak & Hentikan. Seramai 6 orang peserta terlibat dalam kelas ini terdiri daripada peserta sekolah rendah dan peserta sekolah menengah.
Kelas NADI - KEMPEN INTERNET SELAMAT: Peranggi Berita Palsu! Kenali, Semak & Hentikan mendidikan pengguna internet yang bijak dengan sentiasa menyemak kesahihan setiap maklumat sebelum mempercayai atau berkongsinya. Jangan mudah terpengaruh dengan tajuk sensasi atau maklumat yang tidak diketahui sumbernya. Pastikan berita diperoleh daripada sumber yang sah dan dipercayai. Ingat, satu perkongsian yang tidak disemak boleh menyebabkan salah faham, fitnah dan penyebaran maklumat palsu. Amalkan sikap semak dahulu sebelum sebar agar kita dapat mewujudkan persekitaran digital yang selamat, beretika dan bertanggungjawab. Bersama-sama kita menjadi warga digital yang bijak dan berintegriti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: